July 09, 2009

For Nabila & Syukri

Oh and another one in bahasa that is.

1. Bekas kekasih saya adalah:
George Clooney. Musim ini saya pilih John Legend dan beliau memahami. Sungguh matang!

2. Saya sedang mendengar:
Lagu-lagu rawak berputaran di iTunes.

3. Mungkin saya patut:
Belajar memasak, namun saya tidak berminat. Maka biarlah masa itu berlalu.

4. Saya suka:
Berseorangan, membaca buku dan membiarkan fikiran saya melayang.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
Makanan, buku dan makanan. Terutamanya tatkala jatuh dan rasa tidak boleh bangun.

6. Saya tidak faham:
Mengapa John Legend mempunyai suara yang sungguh seksi.

7. Saya kehilangan:
Masa dengan rakus. Oh Tuhanku!

8. Ramai yang berkata:
Saya adik dan bukan kakak disebabkan oleh kependekkan saya. Cis bedebah.

9. Makna nama saya:
Keharumanku. Sila cemburu. Maksud nama kedua... agak segan untuk dinyatakan.

10. Cinta itu adalah:
Indah dan bukan cetek untuk didefinisikan dengan mempunyai kekasih sahaja. Saya kagumi kata-kata makcik saya, kita tidak boleh paksa orang sayang kita. Sungguh mendalam.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Mendengar John Legend membuat persembahan... ah sungguh cemburu!

12. Saya akan cuba:
Memahami kucing? Haha.

13. Ayat selamanya membawa maksud:
Itu adalah satu perkataan, bukan ayat... bijak!

14. Telefon bimbit saya:
Tiada kemudahan untuk mengemaskini status Twitter. Sungguh ketinggalan zaman.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya tidur semula.

16. Saya paling meluat apabila:
Masa tidak ditepati. Masa itu emas ya manusia.

17. Pesta/Parti adalah:
Terbaik jika dijamu sajian melazatkan.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Anak-anak harimau di taman safari, saya mahu!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Ketika aiskrim menjadi makanan ruji.

20. Hari ini:
Saya tonton Revolutionary Road di rumah. Filem yang dibintangi oleh Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio. Sangat membosankan!

21. Malam ini saya akan:
Tidur?

22. Esok pula saya akan:
Berpacaran bersama kakak! Oh tidak sabar!

23. Saya betul-betul inginkan:
Hmm... tidak terlintas apa-apa di fikiran.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Tiada perasaan.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli-belah!!

26. Makanan Barat atau Jepun:
Makanan noghori, gulai lemak daging salai... *terliur*

27. Bilik yang terang atau gelap:
Mahu mengangkut bilik saya ke tanah pelbagai peluang (land of opportunities) boleh?

28. Makanan segera adalah:
Makanan?

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Eh tidak ingat. Mungkin selamat malam.

Gee, I suck. But it was fun. Rindu pula menulis esei.
 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0